Layari Laman Kami:


22.11.09

Ingatlah Siapa Sebenarnya Pengganas Akhir Zaman

fataat_maleezi
editor:everjihad


Masih ingatkah lagi kita dengan kekejaman yang pernah melanda saudara-saudara kita di bumi Palestin? Israel yang mengganas di Semenanjung Gaza, membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka. Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja, melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.

Mengapa berlaku sedemikian? Bukankah bilangan mereka, bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?. Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi, menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu. Maka saya kira, kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari perancangan jangkapanjang dan pengimplementasian perancangan itu oleh Yahudi Zionis. Sebenarnya, musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka berusaha mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan.


Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan berkahwin dan melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah umat islam seperti haiwan. Kalau umat islam hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam.Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan.

Kalau dia orang politik, jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau tidak bersetuju dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian.

Begitulah umat Islam sudah tidak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan

Continue Reading...

1.9.09

Artikel KPP Bil 7

Tahukah anda?

Tercatat dalam Al-Qur’an bahawa...

1. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa di dunia yang paling banyak di angkat untuk menjadi Nabi

Dan ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan menjadikan kamu sebagai orang-orang merdeka, dan memberikan kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain.”(Al-Ma’idah:20)


2. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa di dunia yang kesejahteraannya dijamin oleh Allah SWT. Sehingga mereka mampu melakukan perjalanan di padang pasir yang tandus dalam waktu yang sangat lama.

Dan Kami membahagikan mereka menjadi 12 suku yang besar jumlahnya dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Maka terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Kami juga menaungi mereka dengan di atas mereka dan Kami menurunkan Mann (manisan seumpama madu) dan Salwa (burung seakan-akan puyuh). “Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu.” Mereka tidak menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi merekalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-A’raf:160)


3. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa yang mengkaji segala sesuatu dengan sangat terperinci secara rasional sahaja pada apa yang dinyatakan dan dengan berbuat demikian, mereka menjadi satu-satunya bangsa yang paling ingkar kepada Allah.

a. Ketika mereka diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih seekor lembu betina yang dulunya sering mereka sembah. Mereka meminta Nabi Musa untuk bertanyakan kepada Allah akan ciri-ciri lembu tersebut. Setelah soalan mereka dijawab dan ciri-ciri tersebut lengkap, barulah mereka menyembelih lembu itu. Sedangkan mereka hampir tidak mahu menurut perintah. Seperti yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah:67-71.

b. Tidak pernah mengakui Allah adalah Tuhan mereka, oleh sebab itu mereka tidak pernah meminta secara terus kepada Allah SWT, setiap kali mereka memerlukanNya mereka selalu meminta Nabi Musa AS untuk memohon kepada Allah SWT, dengan mengatakan "ud'u lana rabbaka" yang bermaksud mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami. Antaranya:

Apabila azab tersebut menimpa mereka, mereka (merayu) berkata, “Wahai Musa! Pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya jika hapuskan azab itu kepada kami, pastilah kami akan beriman kepadamu dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israel pergi bersamamu.” (Al-A'raf: 134)


c. Tidak pernah meyakini adanya Allah, kerana mereka tidak pernah melihat Allah secara langsung.

...“Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehinggalah kami dapat melihat Allah dengan terang dengan mata kepala kami.”… (Al-Baqarah:55)


Dan sekiranya Allah memakbulkan doa Nabi Musa untuk melihat Allah, besar kemungkinan akan ada berhala Allah sebagaimana mereka pernah meminta Nabi Musa untuk membina berhala untuk mereka.

… Mereka berkata, “Wahai Musa, buatlah untuk kami suatu tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan.” Nabi Musa menjawab, “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil tentang sifat-sifat tuhan.” (Al-A’raf:138)


d. Tidak pernah mengakui mukjizat Nabi Musa AS sebagai bukti kerasulannya, kerana mereka menganggap itu adalah sihir. Setelah peristiwa Nabi Musa bertemu dengan Fir’aun.

Pembesar-pembesar dari kaum Fir’aun berkata, “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.” (Al-A’raf:109)


Mereka lebih mempercayai Samiriy yang pendapat dan karyanya lebih mudah difahami dan masuk akal bagi mereka.

Kemudian Samiriy mengeluarkan untuk mereka daripada leburan barang-barang itu patung seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata, “Ini tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!” (Taha:88)


Lalu mereka menyembah berhala itu tanpa segan silu walaupun telah dilarang oleh Nabi Harun AS

4. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling ego.

a. Setiap malang yang mereka terima selalu mereka salahkan kepada Nabi Musa AS sebagai penyebabnya

… “Kami telah dianiaya dan diperhamba (oleh Fir’aun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami.”… (Al-A’raf:129)


Kemudian apabila datang pada mereka kesenangan, mereka berkata, “Ini adalah hasil usaha kami,” dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka melemparkan sebab sial dan malang itu kepada Musa dan pengikut-pengikutnya... (Al-A'raf:131)


b. Mereka selalu meminta orang lain untuk mengerjakan apa yang seharusnya mereka kerjakan, di antaranya adalah:

1) Mereka meminta diberi seorang raja yang akan memimpin mereka untuk berperang, tetapi setelah raja tersebut ditunjuk mereka biarkan raja tersebut berperang sendiri.

… ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang bersamanye pada jalan Allah.” Nabi mereka menjawab, “Mungkin jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?” Mereka berkata, “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampong halaman kami dan anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil daripada mereka… (Al-Baqarah:246)


2) Mereka meminta Nabi Musa AS dan Allah SWT untuk memerangi orang-orang yang gagah perkasa di suatu negeri yang akan mereka masuki

…“Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya. Oleh itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Seseungguhnya kami hanya akan menanti di sini sahaja.” (Al-Ma’idah:24)


c. Mereka tidak segan mengambil musyrikin sebagai penolong mereka

Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang musyrik sebagai pembantu, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang fasiq. (Al-Ma’idah:81)


d. Mereka tidak segan untuk menyembunyikan sebagian lembaran-lembaran dari kitab Taurat untuk mewujudkan keinginan mereka.

…Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu), “Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedangkan kamu pula diajarkan dengan pengajaran yang tidak diketahui oleh kamu dan tidak juga oleh nenek moyang kamu?”… (Al-An'am: 91)


5. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa yang paling lama mengembara kemana-mana, hanya untuk memperlihatkan kepada mereka bagaimana Allah memperlakukan negeri-negeri orang yang fasik, seperti Fir'aun, 'Aad, Tsamud dan lain-lain.

Kami telah menurunkan bagi Musa pada Lawh-lawh (tertulis padanya isi Taurat) itu pelbagai jenis pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu. Oleh itu, berpegang teguhlah kepadanya dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu berpegang teguh dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang yang fasiq (derhaka). (Al-A’raf:145)


Artikel Penuh (muat turun dengan klik kanan dan "Save link as"):
Page 1 Page 2
Continue Reading...

Artikel KPP Bil 4

Berita palestin

2 serangan udara rejim Zionis
Jumaat, 13/03/2009 - Dua serangan udara Israel telah dilakukan pada waktu subuh Khamis lalu di sempadan Mesir-Palestin berdekatan kem pelarian Yibna, selatan Rafah, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat Israel itu mengebom kawasan Al Abd Jabr menyebabkan kerosakan beberapa rumah penduduk Palestin di situ.
Dalam Tebing Barat, askar-askar rejim Zionis pada awal pagi Khamis telah menceroboh bahagian-bahagian lain di bandar Jenin dan menyerang di sepanjang kawasan rondaan mereka.

----------------------------------------------------------------------------------------------
“TIDAK AKAN REDHA YAHUDI DAN NASRANI HINGGA KAMU MENGIKUTI CARA HIDUP MEREKA”

-ALBQARAH:120
----------------------------------------------------------------------------------------------
Tahanan palestin teruk mengalami penderitaan
Khamis, 12/03/2009 - Pusat kajian tahanan Palestin melaporkan tahanan Palestin telah mengalami banyak penderitaan dan pencabulan di penjara Israel dan menyatakan ramai tahanan tidak dapat berjumpa dengan keluarga mereka setelah dua tahun.
Kenyataan yang diterima oleh PIC itu memaklumkan banyak lagi penderitaan yang dialami setiap hari oleh tahanan Palestin di penjara Israel seperti dasar mengabaikan perubatan, pemindahan arbitrari, memisahkan adik beradik di penjara dari dan merampas barang peribadi mereka.

Kos kewangan selepas serangan Israel keatas Gaza hampir $1.9bilion
Jumaat, 13/03/2009 - Peserta-peserta Seminar Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu Rakyat Palestin, telah membuat analisis mengenai kerosakan akibat dari peperangan Israel-Gaza. Kos dianggarkan menghampiri $1.9 bilion, Agensi Akhbar Palestin, WAFA, melaporkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
“HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,MENGAPA KAMU JIKA DIKATAKAN ORANG KEPADAMU:”BERPERANGLAH KAMU PADA JALAN ALLAH”,LALU KAMU BERLAMBAT-LAMBAT(DUDUK) DI TANAH?ADAKAH KAMU SUKA DENGAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI DARIPADA AKHIRAT? MAKA TIDAK ADALAH KESUKAAN HIDUP DI DUNIA,DIPERBANDINGKAN DENGAN AKHIRAT MELAINKAN SEDIKIT SEKALI”
-ATTAUBAH:38
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Wahai rakan-rakan seperjuangan… ingatkah kita, bahawasanya saudara seislam kita di palestin telah diserang oleh Israel. Dalam kita tidak sedar, mungkin disebabkan kesibukan kita dengan macam2 perkara, sudah tiga minggu berlalu selepas palestin diserang oleh Israel. Serangan Israel laknatullah ke atas palestin bukan sahaja untuk membunuh umat Islam malah tujuan mereka adalah untuk mengeji dan memalukan umat Islam di mata dunia. Melalui berita2 akhbar, kita dapat lihat bagaimana siksanye saudara se-islam kita yang berada di sana. Dibunuh, diseksa, dikeji, dihina dan macam2 lagi kekejaman yang Israel lakukan ke atas mereka. Apakah peranan kita sebagai umat islam? Adakah kita hanya terus berdiam diri atau hanya melihat? Adakah kita sanggup melihat darah2 para syuhada’ terus mengalir tanpa henti? Ya syabab! Bangunlah! Bersatulah kita dalam menegak agama Allah ini. Jangan kita terus bersedih dengan ape yang berlaku terhadap saudara2 se-islam kita di Palestin. Seharusnya kita cakne dengan isu ini kerana ia melibatkan maruah islam itu sendiri!

Jika kita hanya berdiam diri tanpa buat apa2, mungkin satu hari nanti orang bukan islam akan memandang rendah kepada kita.sanggupkah kita menggadai agama islam kita hanya kerana kurang kesedaran dgn apa yg berlaku pd tanah palestin???malah Bukan itu sahaja perkara keji yg telah mereka lakukan,akan tetapi, umat Islam juga akan terus ditindas dgn berterusan terutamanya oleh anjing2 barat . Seperti yang ikhwah akhawat sedia maklum, umat Islam mempunyai sejarah yang cukup hebat. Semasa zaman para sahabat terdahulu, umat Islam merupakan umat yang terkuat di dunia.

Mari kita renung kisah Nabi Ibrahim ketika baginda dihumbankan ke dalam api diseksa oleh orang-orang yang mengingkar perintah Allah. Ketika itu, seekor burung melihat kejadian itu dan ingin membantu memadamkan api tersebut. Usahanya adalah mengambil air menggunakan paruh yg kecil untuk memadamkan marak api yang besar. Dari segi logika akal, mana mungkin api yg marak itu boleh dipadamkan dengan hanya menggunakan setitis dua air yg dibawa oleh burung tersebut. Namun atas keyakinan bahawa tindakan itu adalah salah satu alternatif untuk membantu Nabi Ibrahim daripada hangus dijilat api. Maka terlepas la burung tadi dari dipersoalkan di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Begitu la keyakinan seekor haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran, mampu melakukan tindakan yang akhirnya menyelamatkan agama islam itu sendiri. Allahuakbar!! Mulianya pengorbanan seekor burung terhadap Islam.

Begitu juga la halnya dengan program boikot yang sedang dianjurkan ketika ini. Usahlah dipersoalkan keberkesanan program ini. Persoalkan la kepada diri sendiri. Apakah yang telah kita lakukan untuk menjayakan program ini? Andai usaha sekecil ini pun tidak mampu dilakukan, usah bicara soal jihad di medan perang. Sanggupkah kita melihat islam ditindas dengan begitu teruk tanpa ada sebarang pembelaan daripada umat islam sendiri? Malah masih boleh menjamah barangan-barangan musuh islam sendiri. Adakah masih dikira islam diri ini seandainya menyokong secara tidak langsung usaha untuk menghapuskan islam? Tepuk dada, tanya la iman.

Namun begitu, ingin juga ana selitkan beberapa nama syarikat Israel yang telah muflis kesan daripada boikot ke atas barangan mereka. Semoga dengan coretan tidak seberapa ini, dapat meniupkan kembali







Artikel Penuh (muat turun dengan klik kanan dan "Save link as"):
Page 1 Page 2
Continue Reading...

Artikel KPP Bil 3

Palestin dalam sejarah..


Zaman Awal Manusia menduduki Palestin sejak zaman purba. Buktinya Jericho-kota tertua di dunia. Pada tahun 1000 ke-3 sebelum masihi penduduk Palestin terus bertambah dan kotanya terus berkembang sehingga ia memiliki kekuatan ekonomi dan politik. Pada tahun 2500 SM, bangsa Aram, Kan’an, Yabus dan Fenicia berhijrah dari Semenanjung Arab ke tanah Palestin.

Bangsa Kan’an
Jumlah perpindahan bangsa Kan’an sangat besar sehingga akhirnya menjadi masyarakat peribumi di sana. Mereka telah membina Bait Al Maqdis. Bait Al Maqdis telah menjadi pusat ketamadunan di mana sebuah kerajaan telah terbina. Selain itu, mereka mengasaskan bandar baru seperti Usdud, Aka dan Gaza, serta membina kuil dan menganggap Bait Al Maqdis sebagai Bandar suci.

Empayar Mesir
Bait Al Maqdis tunduk di bawah pemerintahan Mesir apabila kekuasaan Haxos runtuh dan Palestine dikuasai Mesir secara mutlak.

Bangsa Palestin
“Bangsa Pelaut” ataupun kemudiannya dikenali sebagai bangsa Palestin menyerang wilayah pesisir Syam dan Mesir tetapi Ramses III berjaya mengusir mereka. Namun begitu, mereka diizinkan untuk mendiami selatan Palestin. Mereka telah membangunkan 5 kerajaan dan membina kota baru. Bangsa Palestin bercampur dengan bangsa Kan’an. Mereka telah memberikan nama Palestin sempena dengan nama mereka.

Kerajaan Bangsa Yahudi
Bangsa Yahudi telah datang ke Palestin dari timur Jordan di bawah pimpinan Yashou yang menggantikan Nabi Musa AS untuk memimpin mereka menyeberangi sungai Jordan. Mereka dapat menakluk Jericho. Kemudian mereka berusaha untuk menakluki Jerusalem tetapi gagal kerana bilangan mereka yang kecil. Semasa Nabi Daud AS menjadi raja, baginda berjaya menyatukan bangsa Yahudi. Baginda menjadikan Bait Al Maqdis sebagai ibu kota. Bangsa Yahudi menganggap kota ini sebagai kota suci setelah peti Taurat dipindahkan ke sana oleh Nabi Sulaiman. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, Jerusalem menjadi ibu kota kerajaan Selatan manakala ibu kota kerajaan Utara adalah Nablus. Bait Al Maqdis diserang oleh kerajaan Utara beberapa kali.

Empayar Mesir Shishak (firaun) menguasai Bait Al Maqdis. Bait Al Maqdis, harta Haikal Sulaiman dan harta rampasan perang.

Kerajaan Asyur Seorang pahlawan bangsa Asyur mengembalikan penduduk asal Bait Al Maqdis setelah menyerang kerajaan Israel.

Kerajaan Mesir Tentera Mesir telah menawan kerajaan Selatan dan meneruskan serangan ke utara. Jatuhlah kerajaan Israel.

Kerajaan Babilon Maharaja Bukhtanasar telah menguasai Bait Al Maqdis.

Empayar Parsi Maharaja Parsi berjaya menakluki Negara Chaldania Babilon pada tahun 539 SM dan memperluaskan pengaruhnya hingga seluruh wilayah Palestin.

Penawanan Alexander Makedonia Tahun 332 SM, penguasa Makedonia, Alexander dapat menduduki Palestin dalam kempennya. Sejak itu Palestin memasuki Era Helenistik Yunani hingga 63 SM.

Pemerintahan Ptolemaik Kematian Alexander menyebabkan pembahagian kerajaan. Sebahagian Palestin jatuh ke tangan salah seorang jeneral Alexander, Ptolemy 1 Soter.

Kerajaan Seleucids
Bangsa Selecuids mendominasi Palestin setelah menang dalam pertempuran Banion dan meraih kemenangan yang gemilang atas bangsa Ptolemik. Rejim kekuasaan bertukar menjadi warisan , pemimpin menganggap diri seperti raja. Yahudi dibebaskan daripada kewajipan membayar pajak. Simon dilantik menjadi raja. Pada era raja Yahudi Alexander Janous, rejimnya meluas sehingga ke Trans-Jordan

Empayar Rom Pompel, pemimpin Rom telah memasuki Bait Al Maqdis dan menukar nama Hierosolyma.
Empayar Parsi Tahun 40 SM, orang-orang Parsi menyerang Palestin dan melantik Ante Johanous sebagai penguasa dan ketua para pendita.

Empayar Rom 37 SM, Rom dapat menakluk Parsi dan mengembalikan kekuasaannya yang hilang di Palestin. Tahun 6 M institusi beraja digantikan dengan pemerintahan gabenor. Bangsa Yahudi melancarkan pemberontakan terhadap Gabenor Rom pada tahun 66 M tetapi berjaya ditumpaskan oleh panglima tentera Rom Titus. Dia berjaya memasuki Jerusalem, melakukan pembunuhan dan pembakaran sehingga semuanya musnah. Jerusalem menjadi kota mati dan tawanan dijual sebagai hamba. Bangsa Yahudi kembali memberontak dibawah pimpinan Simon dari tahun 132-135 M. Dia berjaya mengumpulkan Yahudi dalam jumlah yang besar namun masih berjaya dikalahkan oleh tentera Rom.

Empayar Rom Timur (Baizantin)
Bait Al Maqdis menjadi bandar Kristian setelah Maharaja Kostantinople memeluk agama tersebut. Kristian diiktiraf sebagai agama rasmi Negara. Ratu Helen telah membina Gerja Akhirat di Bait Al Maqdis, Gereja Mahdi di Bait Laham dan Gereja Basyirah di Al Nasirah

Empayar Parsi
Maharaja Parsi, Khusrau II menawan Jerusalem pada 614-628 M. ramai penduduk di bunuh dan gereja dimusnahkan. Tahun 628 M, Jerusalem dirampas kembali oleh Rom Timur.

Zaman Pembukaan Islam

Perang Mu’tah merupakan permulaan pertembungan antara umat Islam dan Byzantine. Setelah melalui beberapa peperangan antaranya perang Al Riddah dan perang Ajnadin. Setelah kematian Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA memerintahkan tentera Islam untuk meneruskan peperangan. Melihat kaitan Bait Al Maqdis dengan Islam, Saidina Umar RA bersungguh-sungguh untuk membuka Bait Al Maqdis. Tentera Islam disatukan dan berjaya menewaskan Rom dan mengusir mereka sepenuhnya daripada Palestine. Pasukan Islam akhirnya berjaya masuk ke Palestin dan mengadakan perdamaian. Ia dipersetujui oleh para paderi dan Yahudi tidak dibenarkan menetap di Palestin. Sejak itu, banyak kabilah-kabilah berpusu-pusu masuk ke Palestin majoritinya beragama Islam. Selepas pembukaan, Bait Al Maqdis menjadi pusat ketamadunan Islam.

Khilafah Umawiyah
Khalifah Abdul Malik membina kubah batu di tempat Nabi SAW, serta Masjid Al Aqsa yang kekal hingga kini. Khalifah Sulaiman pula membina Masjid Putih di Al Ramlah.

Khilafah Abbasiyah

Pembangunan bercirikan Arab diperhebatkan oleh Khalifah Al Makmun dan anaknya Al Mahdi. Muncul juga generasi baru kesan kahwin campur antara orang arab dan orang tempatan.

Kerajaan Tulun
Kurun ke-3 H, kerajaan Tulun telah berjaya merampas Lubnan, Syria, Palestin dan Mesir kesan daripada kelemahan cengkaman Khilafah Abbasiyah.

Zaman Kacau Bilau
Kurun ke-4 H,golongan Qaramitah telah menyerang dan menawan Syam dan Palestin. Selepas itu Palestin telah diperintah beberapa kerajaan antaranya Fatimiyah dan Saljuk.

Penaklukan Kristian (Perang Salib)
Tentera Eropah mengepung dan menawan Bait Al Maqdis. Baba Urban II menyeru penganut Kristian agar membebaskan kubur Al Masih daripada umat Islam dan membersihkan Palestin dari mereka. Perang Salib berlangsung hampir 2 kurun. Tentera Kristian telah menawan Al Ramlah, Yafa dan mengepung Bait Al Maqdis. Selepas sebulan dikepung, Bait Al Maqdis yang berada di bawah naungan Mesir pada masa itu menyerah kalah pada 1099 M. Tentera Kristian membunuh 70 000 penduduk Bait Al Maqdis dan mengumumkan Palestin sebagai negara Kristian.

Perang Hittin
Salahuddin Al Ayyubi menyempurnakan pembebasan Palestin yang dimulakan oleh Nuruddin Zenki dalam perang Hittin. Apabila kota tersebut dibuka, penduduk bangsa Yahudi di Bait Al Maqdis bertambah dengan pantas.
Kerajaan Mamalik Kerajaan menamatkan ancaman Eropah dan Tartar. Mereka telah membaiki kesan sejarah antaranya Masjid Al Aqsa. Kerajaan ini juga berjaya membendung kemaraan tentera Mongol yang kejam dalam perang Ain Jalut. Mamalik telah membahagikan wilayah tadbir, membina sekolah dan memperbaiki Masjid Al Aqsa, Kubah Batu dan Masjid Nabi Sulaiman AS. Khalil b Qalawun telah membebaskan saki baki Bandar-bandar Palestin yang masih dalam genggaman tentera Salib

Empayar Uthmaniyah
Tahun 1516 M,Bait Al Maqdis telah menadi naungan Empayar Islam Uthmaniyah selepas menewaskan kerajaan Mamalik dalam perang Marj Babak. Bait Al Maqdis diperbaiki pada zaman Sulaiman Al Qanuni. Palestin selatan di bawah wilayah Syam dan berpusat di Damsyik.

Serangan Napoleon
Menyerang pada 1799 M selepas menawan Mesir. Namun begitu ia gagal apabila ditewaskan di Aka.

Serangan Muhammad Ali
Merupakan gabenor Mesir. Ingin meluaskan pengaruh kerajaannya hingga ke Syam. Disebabkan layanan buruk anak nya terhadap rakyat, berlaku pemberontakan. Pemerintahan ini hanya bertahan selama 10 tahun. Akhirnya Syam kembali ke Empayar Islam Uthmaniyah.

Perjanjian Sikes-Beco 1916 M
Ditandatangani oleh Britain dan Perancis untuk membahagikan wilayah Arab kepada 2. Lubnan dan Syria di bawah Perancis, Iraq dan Jordan di bawah Britain, manakala Palestin sebagai kawasan antarabangsa.

Naungan British
Selepas Perang Dunia Pertama 1918 M, Bait Al Maqdis dan seluruh Palestin telah jatuh ke tangan British selepas Empayar Islam Uthmaniyah tewas. Maka bermulalah perpindahan besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin. Bait Al Maqdis sebagai ibu kota selama 1918-1947M.

Jajahan Israel
Pada 1948 M, Bait Al Maqdis dibahagikan kepada Bait Al Maqdis Barat yang diperintah Israel dan Bait Al Maqdis Timur yang diperintah Jordan. Israel mengisytiharkan Bait Al Maqdis Barat sebagai ibu kota. Jun 1967 M, Israel menawan Bait Al Maqdis Timur atas nama pembebasan dan penyatuan.



------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa perlu kita pertahankan?

Dari sejarah, bangsa Yahudi memerintah Bait Al Maqdis selama 400 tahun sahaja manakala kerajaan babilon, Parsi, Yunani, dan Rom telah memerintah selama 12 kurun sehingga ia telah dibuka oleh kerajaan Islam dan berada di bawahnya selama 12 kurun. Ini jelas menunjukkan Bait Al Maqdis tidak pernah menjadi Bandar bangsa Yahudi.
Sesungguhnya majoriti penduduk Palestin datang dari Jazirah Arab dan memang berhak diakui sebagai penduduk wilayah ini hingga sekarang.

Umat Islam adalah lebih berhak untuk mewarisi peninggalan para Nabi Bani Israel. Kesinambungan dakwah yang dibawa para Nabi adalah kebenaran yang diteruskan umat Islam sekarang.

Bait Al Maqdis dan Palestin mempunyai nilai yang tersendiri dalam Islam. Sebagai kiblat pertama dan tanah suci yang ke-3 selepas masjid Al Haram dan Masjid Al Nabawi serta merupakan tempat tinggal kebanyakan para Nabi dan Rasul.

Justeru, sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan kehormatan Masjid Al Aqsa sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan yang cuba merosakkan Islam.




Artikel Penuh (muat turun dengan klik kanan dan "Save link as"):
Page 1 Page 2 Page 3
Continue Reading...

Artikel KPP Bil 1 & 5

MUHASABAH CINTAKU
khairaummah


Berita Palestin semakin senyap. Kita juga turut senyap. Barangan boikot mula mendapat tempat di hati. Sedangkan saudara di Palestin masih menjerit sakit pada kelukaan yang lalu.

Di mana usaha dan pendirian kita yang sebenar-benarnya? Pernahkah kita berusaha untuk memahami sebab-musabab yang menjadikan Palestin itu seperti apa yang kita lihat pada hari ini? Adakah kita masih juga memanjatkan qunut nazilah seperti yang dihebohkan beberapa bulan yang lalu? Atau adakah di sudut hati masih dipanjatkan doa untuk pembebasan Palestin?

Sedangkan menghadiri usrah pun kita liat, inikan pula mahu berjihad di jalan Allah.
Bangkitlah pemuda-pemudi Islam sekalian, jangan biarkan agamamu ini disembelih sewenang-wenangnya!
Terkadang kita merasa marah apabila kaum kufar menghina agama kita dengan cara yang pelbagai. Kita merasa sakit hati apabila saudara kita di Palestin di sakiti. Tetapi itu semua belum memadai seandainya tidak ada tindakan yang kita lakukan.

Pergi berusrah!

Perkara semudah itu kita tidak mampu. Bagaimana agaknya kita mahu menambah ilmu agar dapat membela agama ini satu hari nanti? Agar dapat membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis laknatullah?

Pergi ke kuliah!

Wah, ini juga turut menjadi beban kepada kita. Bagaimana hendak melahirkan generasi doktor Muslim yang berkompetensi dan menjulang kalam Ilahi? Tidak hairankah pada kebanyakan pemenang hadiah Nobel yang kebanyakannya berbangsa Yahudi?
Ketahuilah usaha-usaha kecil kita amat bermakna demi agama ini.
Muhasabahlah cinta kita kepada Islam ini. Apakah benar cinta?



------------------------------------------------------------------------------

PALESTIN, SATU CERITA...



Dahulunya negara-negara Islam bernaung di bawah satu sistem pemerintahan iaitu daulah Islamiah. Khilafah terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah dijatuhkan hasil usaha keras golongan yang membenci agama ini.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mempertahankan Islam selama 600 tahun sejak kurun 7M sehingga kurun 13 M daripada serangan tentera salib.

Gerakan Freemasonry sebagai sebuah organisasi Yahudi antarabangsa berusaha menghancurkan kesejahteraan manusia dengan perancangan mereka yang sangat rapi. Freemason merancang pemberontakan untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid yang memimpin kerajaan Turki Uthmaniyah ketika itu. Akhirnya pada 3 Mac 1924M secara rasminya Khilafah Islamiyah digulingkan dengan didalangi Mustafa Kamal Attaturk.

Bermula dari detik hitam itu, umat Islam di seluruh dunia berpecah belah dan tidak bersatu seperti sebelumnya. Muncullah harakah-harakah Islamiah di setiap negara seperti yang dilihat pada hari ini.
Umat-umat Islam kebanyakannya terpengaruh dengan ideologi ciptaan manusia dan tidak mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan dan panduan utama dalam hidup mereka. Agama hanya dipakai pada waktu-waktu tertentu dalam masyarakat sahaja. Ini jelas dilihat pada hari ini apabila hukum Allah dilitupi oleh hukum-hukum manusia yang zalim.

Zionisme pula adalah satu gerakan yang memiliki ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. Mereka bercita-cita menjadikan Palestin sebagai ibu kota bagi kerajaan Israel Raya. Inilah cita-cita tertinggi mereka yang masih diusahakan sehingga ke hari ini dengan berpenat lelah hingga nyawa saudara-saudara kita menjadi korbannya.

Serangan demi serangan dilakukan dan pelbagai taktik kotor dirancang oleh para penyangak ini untuk mencapai cita-cita mereka. Sedangkan umat Islam sibuk berbalah dan lalai dengan hiburan-hiburan yang melekakan mereka. Banyak kes murtad yang terhasil dari gerakan Kristianisasi kian memburukkan keadaan

memburukkan keadaan. Freemasonry sedari awal mengetahui bahawa kekuatan umat Islam adalah pada daulah Islamiah yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Realitinya umat Islam hari ini semakin jauh dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dan menyokong ideologi ciptaan manusia dalam urusan kehidupan mereka.

Jalan untuk membebaskan Palestin ini terletak kuncinya pada kita sebagai umat Muhammad S.A.W. Perbaikilah kefahaman kita agar dapat sama-sama kembali menegakkan Islam dan mengembalikan keamanan. Semua ini tidak diperolehi bila sekadar berangan-angan begitu-begini sedangkan menghadiri usrah yang menambah ilmu itu pun kita tidak mampu. Marilah beramal dan berjihad demi agama ini. Bersatulah dan usah lagi bercerai-berai.

Bangkitlah pengganti Salahuddin harapan agama sekalian!


Artikel Penuh (muat turun dengan klik kanan dan "Save link as"):
Page 1 Page 2
Continue Reading...

28.8.09

AJK Pelaksana 2008/09

STRUKTUR ORGANISASI KEMPEN Sesi 2008/09

PENAUNG
PERUBATAN Pusat

PENASIHAT
Ketua Organisasi PERUBATAN Zagazig 08/09

EX-OFFICIO
Abdul Hadi b Mohd Zuki (Ketua Unit Kebajikan)

PENGARAH
Mohd Shafiq b Paridin

TIMBALAN PENGARAH
Nurul Najuwa bt Sazali

AJK UNIT SUMBANGAN DAN TABUNG DERMA
Ayyub Ansari b Rosli
Muhammad Afeeq b Azmi
Siti Najwa bt Roslan
Nur Hamizah bt Noor Apandi
Abdul Hakim b Mohd Suhimim
Najiah bt Abdol Rauh

AJK UNIT PENYEBARAN MAKLUMAT DAN ARTIKEL
Muhammad Faiz b Azlan
Ahmad Daniel b Jamil
Nafsah bt Dulajis
Nur Atiqah bt Abdul Rahim

**Unit/Jawatan mungkin akan berubah di masa akan datang mengikut kesesuaian dan persetujuan ahli Mesyuarat



BIDANG TUGAS

EX-OFFICIO

1- Menyemak laporan gerak kerja
2- Memantau perjalanan kempen supaya berjalan dengan lancar
3- Menyemak artikel sebelum diterbit dan diedarkan

PENGARAH

1- Mempengerusi dan menyediakan agenda mesyuarat AJK Kempen
2- Memastikan dan mengawal keseluruhan gerak kerja kempen supaya berjalan dengan baik dan lancar
3- Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
4- Mengumpulkan wang yang dikutip oleh AJK Unit Sumbangan dan Tabung Derma (ikhwah)
5- Membantu Ex-Officio dalam menyemak artikel AJK
6- Mengumpul maklumat AJK Kempen bagi memudahkan urusan gerak kerja

TIMBALAN PENGARAH

1- Membantu tugas Pengarah dalam menyelenggara dan menyelesaikan sebarang gerak kerja di pihak akhwat
2- Menggantikan tempat Pengarah ketika ketiadaannya
3- Mengawasi dan memastikan segala perjalanan kempen di peringkat akhwat berjalan dengan lancar
4- Membantu Pengarah dalam menyusun laporan lengkap

AJK UNIT SUMBANGAN DAN TABUNG DERMA

1- Membuat kutipan Tabung KPP di kelas dan rumah-rumah yang telah dibahagikan
2- Membuat laporan secara terperinci mengenai kutipan
3- Menyediakan laporan wang yang digunakan bagi tujuan kempen
4- Menyerahkan wang beserta laporan kutipan kepada Pengarah (AJK ikhwah) dan Timbalan Pengarah (AJK akhwat) pada setiap hujung bulan
5- Membuat kutipan pakaian untuk diserahkan kepada PROSMA setelah mendapat arahan Ex-Officio
6- Merujuk kepada Pengarah dan Timbalannya sekiranya terdapat sebarang masalah

AJK UNIT PENYEBARAN MAKLUMAT DAN ARTIKEL

1- Mengedarkan poster kempen untuk setiap rumah
2- Membuat penanda buku mengenai senarai ringkas barangan boikot antarabangsa
3- Mengedarkan risalah lengkap barangan boikot antarabangsa dan di Mesir
4- Menyerahkan artikel untuk disemak oleh Ex-Officio atau Pengarah selewat-lewatnya pada hari Isnin setiap minggu
5- Membuat artikel mingguan dan bertanggungjawab ke atas pengedarannya mengikut giliran yang telah ditetapkan
6- Merujuk kepada Pengarah dan Timbalannya sekiranya terdapat sebarang masalah
Continue Reading...

Pengenalan

Muqaddimah

Sejak sekian lama kita telah mendengar tangisan dan rintihan saudara-saudara kita di palestin meminta pertolongan dari saudara-saudara seislam mereka.Tetapi, malangnya hanya segelintir saudara mereka yang mahu mendengar,peka terhadap nasib mereka. Jadi Organisasi PERUBATAN Zagazig 08/09 dengan sedikit kudrat yang dikurniakan ALLAH SWT dengan ini merangka satu program yang dapat meringankan beban saudara kita yang menderita di palestin. Berikut adalah ayat ALLAH yang menyeru kita supaya berjihad di jalannya dari segi harta.

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
( Al Baqarah 195)
Dalam situasi kita sebagai pelajar,dengan hanya jihad harta sahajalah kita dapat membantu mereka. Mudah-mudahan ALLAH memberkati segala gerak kerja program ini. Unit ini ditubuhkan di bawah pantauan Unit Kebajikan Organisasi PERUBATAN Zagazig 08/09. Unit mula bergerak selepas serangan besar-besaran Israel ke atas Palestin pada bulan Disember 2008 yang lalu.

Objektif

a) Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan isu Palestin terhadap umat Islam seluruh dunia.

b) Membantu meringankan beban rakyat palestin yang di serang oleh Israel.

c) Meningkatkan kesedaran kewajiban menolong rakyat palestin di kalangan ahli.

d) Mewujudkan suasana saling tolong menolong sesama Islam.

e) Menyalurkan bantuan kepada warga Palestin dari segi material melalui kutipan Tabung Kempen Prihatin Palestin (KPP) dan jualan pakaian terpakai.

e) Merancakkan pelaksanaan solat hajat dan qunut Nazilah dalam kalangan ahli

f) Mengisytiharkan hari khamis sebagai ‘Hari Palestin’ mingguan di mana pada setiap hari khamis, kutipan derma dan pengedaran artikel akan dijalankan di kelas

Kumpulan Sasaran

Semua ahli Organisasi PERUBATAN Zagazig Tahun Satu dan Tiga (Khususnya)
Warga Mahasiswa Zagazig (Amnya)

Anjuran

Unit Kempen Perihatin Palestin di bawah pantauan Unit Kebajikan Organisasi PERUBATAN Zagazig 08/09

Kempen Mula Beroperasi
6 Januari 2009 (kutipan masih dilakukan sehingga kini)

AJK Pelaksana
rujuk: http://mediczagazig2.blogspot.com/search/label/AJK
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Kalam Admin

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Semoga maklumat yang tertera dalam blog ini bermanfaat bersama

Mediczagazig2 © Copyright 2009 | All Rights Reserved by mediczagazig and PERUBATAN | Design by Unit Penerbitan PERUBATAN Zagazig
No part of the content or the blog to be reproduced without prior written permission.